JUARA. Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Ipoh, Perak buat julung-julung kalinya menjuarai Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kinta Utara Zon D bagi kategori perempuan bawah 12 tahun baru-baru ini. Pengurus pasukan, Saiful Hafeez berkata, latihan berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi menjadi kunci utama kejayaan mereka. “Kami menewaskan pasukan lawan yang hebat untuk menjadi juara keseluruhan pada kejohanan kali ini. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya. Kejohanan MSSD Kinta Utara Zon D diadakan di Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri, Jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya