SJMC mulanya tidak mahu terima Muhammad Adib- Saksi - Utusan Malaysia

SJMC mulanya tidak mahu terima Muhammad Adib- Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Feb.- Saksi kesembilan dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim hari ini mendedahkan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada mulanya enggan menerima anggota bomba tersebut.

R. Narresh,30, merupakan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) itu berkata, sejurus tiba di wad kecemasan SJMC, kakitangan yang bertugas pada ketika itu enggan menerima Muhammad Adib kerana mangsa tiada kad pengenalan.

“Mereka tanya mana kad pengenalan, kad bomba dan kad perubatan Muhammad Adib. Saya telah keluar daripada wad kecemasan sebelum masuk semula dan merayu agar mereka menerimanya.

“Saya katanya kepada mereka jika dia tidak merawatnya, nyawa anggota bomba ini terancam selain dia orang kerajaan dan kalau bangunan terbakar, bomba yang akan datang. 

“Pada masa ini, baru dia mengatakan okay dan membawa Muhammad Adib masuk,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini.

Terdahulu, Narresh menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali.

Menceritakan lanjut, Narresh berkata, selepas menunggu kira-kira 15 minit, beberapa anggota bomba tiba dan terus bercakap dengan jururawat.

“Pada masa ini, saya masih memegang baju celoreng, tshirt dan tali pinggang Muhammad Adib dan telefon bimbitnya sebelum menyerahkannya kepada anggota bomba yang sedang menunggu.

“Malah, ada anggota bomba yang bertanya siapa menjawab panggilan, tetapi saya mengatakan tidak tahu. Bukan niat untuk menipu tetapi saya mahu serahkan semua barang milik Muhammad Adib kepada keluarganya. Selepas saya melihat abang Muhammad Adib tiba, saya terus menyerahkan telefon bimbit kepadanya,” ujarnya.

Tambahnya, dia hanya balik kira-kira pujul 4.30 pagi selepas doktor memaklumkan bahawa anggota bomba terbabit stabil bersama rakan-rakannya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN