Seorang individu disyaki maut dalam kebakaran 2 buah lori di Slim River - Utusan Malaysia

Seorang individu disyaki maut dalam kebakaran 2 buah lori di Slim River

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SLIM RIVER – Seorang individu disyaki maut dalam kebakaran melibatkan dua buah kenderan berat di Kilometer 372 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini sebentar tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd. Azrul Azuan Norman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.51 sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di tempat kejadian, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan barangan runcit dengan lori tangki membawa muatan minyak diesel. 

“Seorang mangsa disyaki maut di lokasi kejadian dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Bidor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Azrul Azuan, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti. 

Difahamkan, semua lorong ditutup sepenuhnya bagi tujuan pemadaman dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN