Gabungan dan kerjasama UMNO-Pas yang mula terjalin sejak PRK yang pertama di Sungai Kandis nampaknya tidak begitu memberi cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) malah UMNO sendiri akhirnya bergolak sehingga membawa kepada beberapa pemimpin dan ahli Parlimennya keluar parti sama ada menyertai PH atau menjadi ahli Parlimen bebas. Kemuncaknya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden parti kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas-tugas…










