BADUNG 12 Feb. – Seorang lelaki warga Tanzania ditahan di Bali selepas polis menjumpai satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam perutnya. Menurut pihak berkuasa, lelaki berkenaan, Abdul Rahman Asman ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada 30 Januari lalu. Pemeriksaan X-ray dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan 99 bungkusan dadah ditemukan dalam perut Abdul Rahman. – AFP