Selangor nyaris dimalukan PJ City - Utusan Malaysia

Selangor nyaris dimalukan PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Penalti Rufino Segovia pada penghujung perlawanan menjadi penyelamat Selangor daripada dimalukan Petaling Jaya (PJ) City apabila kedua-duanya terikat 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah terdahulu satu kaki untuk memungut tiga mata selepas Pedro Hendrique menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-79.

Bagaimanapun peluang tersebut dimusnahkan selepas penyerang dari Sepanyol tersebut menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Red Giants berada di tangga kelima dengan pungutan 2 mata, manakala PJ City ketujuh (1 mata).

Dalam satu lagi saingan Liga Super, PKNS FC tunduk 0-1 kepada Melaka United dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Jaringan tunggal Sang Kancil hadir menerusi sepakan penalti daripada bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim pada minit ke-24, sekali gus membolehkan mereka menduduki tangga ketiga dan berkongsi mata dengan pendahulu Pahang serta Johor Darul Ta’zim (JDT).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×