LONDON 13 Feb. – Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes memulakan kariernya sebagai jurulatih dengan langkah kanan apabila pasukan bimbingannya Oldham membelasah Yeovil 4-1 dalam aksi Liga Dua, semalam. Scholes menceburi bidang kejurulatihan selepas bersetuju untuk membimbing kelab yang diminatinya sejak kecil. Jurulatih berusia 44 tahun itu diperkenalkan kelmarin dan 24 jam kemudian dia meraikan kejayaan kemenangan pertamanya bersama kelab di divisyen keempat itu. Ketika bekas pasukannya, United tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam kempen Liga Juara-Juara, bekas pemain England itu menyaksikan kemenangan kelabnya. “Saya berasa lega dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya