TANJONG KARANG 2 Feb.- Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menegaskan pendirian bahawa tidak akan keluar daripada UMNO dan melompat ke parti lain. Malah, Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi berkata, adalah tindakan tidak wajar sekiranya dia meninggalkan parti kerana kemenangan yang dikecapi selama enam penggal adalah hasil jenteranya yang bekerja siang dan malam. “Saya menang bukan kerana nama Noh Omar, tetapi atas tiket Barisan Nasional selain mempunyai…