Saya tak perlukan sokongan Pas - PM - Utusan Malaysia

Saya tak perlukan sokongan Pas – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Feb. – Selepas seminggu mendedahkan yang Pas menyatakan komitmen untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mendakwa, beliau tidak perlukan sokongan parti itu.

Jelas Dr. Mahathir, beliau dan Pakatan Harapan (PH) sudah memiliki jumlah majoriti mencukupi di Dewan Rakyat sehingga terbentuknya kerajaan baharu ketika ini.

“Saya perlukan sokongan wakil rakyat setakat 50 peratus lebih. Saya tidak perlukan sokongan daripada Pas kerana PH sudah mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab pendedahan Dr. Mahathir memberitahu, parti itu menyatakan komitmen menyokong Perdana Menteri kerana dakwanya terdapat dua parti dalam PH merancang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Pengerusi PH tersebut.

Pas seterusnya mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP adalah dalang kepada agenda tersebut tetapi dakwaan berkenaan segera dinafikan Presiden PKR itu.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN