Saya mahu membahagiakan kanak-kanak Palestin - Mohammed - Utusan Malaysia

Saya mahu membahagiakan kanak-kanak Palestin – Mohammed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH 13 Feb. – Sebuah zoo di wilayah Palestin dekat sini menawarkan peluang untuk bermain dengan singa yang jinak dengan kuku haiwan itu telah dipotong bagi langkah keselamatan.

Singa berusia 14 tahun yang dinamakan Falestine, dilihat ‘cukup tenang’ ketika bersama pelawat di zoo dekat selatan Gaza itu.

“Saya cuba mengurangkan sifat agresif singa betina itu supaya dapat bermain dengan pelawat,” kata Mohammed Jumaa, 53, pemilik zoo berkenaan.

Fayez al-Haddad, doktor haiwan yang menjaga Falestine, menyaksikan tingkah lakunya kerana haiwan itu dibawa keluar dari sangkarnya dan dibawa dekat dengan penduduk setempat, termasuk kanak-kanak.

“Kukunya dipotong supaya pelawat dan kanak-kanak boleh bermain dengannya,” kata Fayez.

Dia menafikan tindakan itu adalah kejam kepada haiwan tersebut.

“Kami mahu membawa senyuman dan kebahagiaan kepada kanak-kanak, sambil meningkatkan jumlah pengunjung ke zoo, yang mengalami perbelanjaan yang tinggi,” katanya.

Zoo yang sempit itu mempunyai lima ekor singa dan beberapa burung dan haiwan lain.

Zoo tersebut telah dimusnahkan semasa operasi tentera Israel di Rafah pada 2004, sebelum Mohammed membinanya semula dua tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN