Salah akui rasai tekanan - Utusan Malaysia

Salah akui rasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengakui ‘The Reds’ tidak boleh selesa dengan kedudukan semasa apabila perebutan untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana England (EPL) semakin sengit.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu bakal bertandang ke Old Trafford malam esok untuk salah satu aksi blockbuster EPL dalam misi untuk merebut semula kedudukan sebagai pasukan pendahulu yang kini dipegang oleh Manchester City yang memiliki kelebihan jaringan biarpun berkongsi mata yang sama.

“Sebagai manusia biasa, pastinya saya akan merasakan tekanan untuk berdepan mana-mana pasukan sekali pun termasuk United kali ini.

“Pasukan sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan te­tapi pada saya ia bukan masalah besar kerana sama ada perlawanan kali ini atau sebelum ini, aksi di EPL sentiasa memberikan tekanan.

“Liverpool perlu berdepan jadual yang padat dan United menjadi pasukan pertama daripada tiga pasukan handalan yang kami perlu berdepan untuk minggu ini atau dalam tempoh 10 hari ini.

“Selepas ini kami bakal berdepan Watford sebelum berkunjung ke Goodison Park menentang Everton pada hujung minggu.

“Jika kami menang untuk semua pertemuan tersebut, pastinya The Reds kembali berada di atas untuk memimpin liga dan ia merupakan satu perkara yang besar dan paling pen­ting buat pasukan.

“Biarpun sekarang kami belum berada di atas, tetapi United de­ngan Everton pastinya memasang impian yang tinggi untuk menundukkan Liver­pool di hadapan penyokong sendiri. Apa pun yang penting sekarang kami perlu ulangi kejayaan yang pernah dipamerkan beberapa bulan lalu,” kata Salah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN