KUALA LUMPUR18 Feb. – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang menjadi saksi perbicaraan kes jenayah narkotik di Mahkamah Kuala Lumpur pada 21 Februari ini.
Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, saksi dikenali sebagai V. Muralidharan, 45, bernombor kad pengenalan 730615-14-5519.
“Saksi ini kali terakhir dilihat di alamat No. 15, Tingkat 7, Sri Bandar Condominium, Jalan Kassipillay off Jalan Ipoh, di sini,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Superintenden Mohd. Suhaimi Sulaiman di talian 011-6183868 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, Inspektor Khairul Izwan Zainal Abidin di talian 017-6243870.
“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Brickfields 03-9051 6222, Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE








