SHAH ALAM 11 Feb.- Prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim petang ini mencuri perhatian apabila saksi kedua dilihat seakan-akan menahan air mata ketika memberi keterangan dalam kadang saksi. Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT), Md. Elliza Mohd. Noor daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya kelihatan sebak selepas melihat dokumen dan gambar Muhammad Adib yang diserahkan kepadanya oleh mahkamah. Md. Elliza, 36, dilihat…








