TOKYO 6 Feb.- Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan buah pinggang dalam embrio seekor tikus dengan menggunakan sel stem tikus lain. Kaedah yang dijalankan dipercayai mampu dilaksanakan terhadap manusia pada masa hadapan. Namun, penyelidik-penyelidik tersebut menegaskan pencapaian itu masih di tahap awal kerana pelbagai kelemahan seperti kekangan teknikal dan isu etika yang kompleks perlu diperbaiki sebelum proses itu boleh dilakukan kepada manusia. Teknik sama sebelum ini dilaksanakan untuk menghasilkan pankreas dalam tubuh seekor tikus. Namun penghasilan buah pinggang yang merupakan kajian terkini itu menjadi kejayaan pertama yang membuktikan kaedah itu satu hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya