KUALA LUMPUR 23 Feb.- Proses rundingan pengambil alihan konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri merupakan satu tindakan tidak adil kepada pencarum luar Kuala Lumpur dan tidak memberi pulangan kepada pelaburan rakyat di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak berkata, perjanjian tersebut yang melibatkan proses rundingan antara kerajaan dan Gamuda Berhad menggunakan duit pelaburan rakyat bagi membeli konsesi tol.
“Saya juga nak tegaskan bahawa Gamuda Berhad dimiliki oleh rakyat melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan sebagainya. Ini bermakna dia nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol yang terletak di Kuala Lumpur sahaja.
“Tol tetap dibayar harga sama tetapi dijenamakan semula sebagai caj kesesakan. Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi.
Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup,” katanya menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan PH telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi lebuh raya iaitu syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.
Ia membabitkan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART dengan kadar
akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ (bukan waktu puncak) antara pukul 11 malam dan 5 pagi iaitu penggunaan lebuh raya adalah percuma.UTUSAN ONLINE










