Rumah Wira juara Road Run SMK Bandar Baru Bangi - Utusan Malaysia

Rumah Wira juara Road Run SMK Bandar Baru Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI JUARA. Pasukan Rumah Wira, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi muncul selaku juara keseluruhan bagi acara Road Run peringkat sekolah tersebut yang diadakan di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Ketua Guru Penasihat Rumah Wira SMK Bandar Baru Bangi, Nurul Azreen Abd. Rahim berkata, acara tersebut disertai kira-kira 1,700 orang pelajar yang melibatkan empat kategori utama iaitu Lelaki Atas (tingkatan empat dan lima), Lelaki Bawah (tingkatan satu, dua dan tiga), Perempuan Atas (tingkatan empat dan lima) serta Perempuan Bawah (tingkatan satu, dua dan tiga).

“Larian itu melibatkan laluan di sekitar sekolah dan pasukan Rumah Wira dinobatkan sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nurul Azreen, majlis perasmian acara larian itu disempurnakan oleh Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Baru Bangi, Nor Hisham Abdullah Sani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×