Ditemani bunyi unggas dan cengkerik saling bersahutan serta panorama keindahan alam semula jadi terutama pada waktu malam menjadikan percutian di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang sesuatu yang sangat istimewa. Bukan itu sahaja, menikmati percutian penuh damai jauh dari kesibukan kota, asap dan debu kenderaan mahu pun kilang pastinya memberi ketenangan yang sukar ditukar ganti. Memilih untuk menikmati kehijauan alam dengan melakukan pelbagai aktiviti di Taman Negara atau sekitarnya bersama rakan atau ahli keluarga, pastinya Calet Park Lodge memberi kelainan bagi mereka yang sukakan penginapan cara sederhana. Lain dari yang lain, Park…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya