Rumah dijadikan stor simpan barang lusuh musnah terbakar - Utusan Malaysia

Rumah dijadikan stor simpan barang lusuh musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Rumah yang dijadikan stor penyimpanan barang lusuh berhampiran sebuah kondominium di Lorong Delapan, Kampung Pandan di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.40 pagi dan sebanyak 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

ANGGOTA bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran di stor penyimpanan barangan lusuh di sebuah rum
ANGGOTA bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran di stor penyimpanan barangan lusuh di sebuah rumah berhampiran kondominium Lorong Delapan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur hari ini.- UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA

“Sebaik sahaja tiba, kami mendapati rumah tersebut telah terbakar 100 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 7.52 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ANGGOTA bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran di stor penyimpanan barangan lusuh di sebuah rum
ANGGOTA bomba sedang memadamkan api dalam kebakaran di stor penyimpanan barangan lusuh di sebuah rumah berhampiran kondominium Lorong Delapan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur hari ini.- UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA

Tambah Nordin, tiada mangsa dalam kejadian ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×