Roma hukum Chievo - Utusan Malaysia

Roma hukum Chievo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 9 Feb. – Kejayaan Roma menewaskan kelab tercorot liga, Chievo dengan jaringan 3-0 di Stadium Marcantonio Bentegodi, semalam membolehkan mereka melonjak naik ke tangga keempat dalam saingan Serie A.

Sebelum ini, skuad kendalian Eusebio Di Francesco mencatat dua keputusan seri dalam dua aksi terakhir liga serta diaibkan dengan kekalahan 1-7 kepada Fiorentina sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Itali.

Kini, Roma berada di kedudukan terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan sekali gus menyuntik semangat mereka untuk menghadapi Porto dalam aksi kalah mati kejohanan berprestij di Eropah itu, minggu depan.

“Kami boleh menjaringkan beberapa gol namun saya harap mereka dapat melakukan perkara yang sama ketika menentang Porto,” kata Di Francesco.

Roma membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi percubaan Stephan El Shaarawy sebelum Edin Dzeko mengukuhkan kedudukan sembilan minit kemudian. Memasuki babak kedua, Aleksandar Kolarov meledak gol ketiga pada minit ke-51. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN