MILAN 9 Feb. – Kejayaan Roma menewaskan kelab tercorot liga, Chievo dengan jaringan 3-0 di Stadium Marcantonio Bentegodi, semalam membolehkan mereka melonjak naik ke tangga keempat dalam saingan Serie A. Sebelum ini, skuad kendalian Eusebio Di Francesco mencatat dua keputusan seri dalam dua aksi terakhir liga serta diaibkan dengan kekalahan 1-7 kepada Fiorentina sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Itali. Kini, Roma berada di kedudukan terakhir untuk layak ke Liga…










