Robot bantu pasangan malu bercinta - Utusan Malaysia

Robot bantu pasangan malu bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 20 FEB. – SUKAR meluahkan rasa cinta kepada orang yang anda minati, Persatuan Program Inovatif Kandungan (CiP) Jepun mempunyai jalan penyelesaiannya apabila menggunakan robot untuk membantu pasangan saling menyatakan rasa cinta antara satu sama lain.

Oddity Central melaporkan, menerusi program yang diadakan, pasangan lelaki dan perempuan yang ingin meluahkan rasa cinta duduk di sebuah meja bersama dua buah robot.

Dua robot tersebut mewa­kili pasangan terbabit dan akan mula berkenalan antara satu sama lain bermula dari bertanya nama sehingga perkara yang digemari.

Mesin berkenaan akan saling menjawab kira-kira 45 soalan yang diingini pasangan tersebut berdasarkan sistem yang dimuat naik dalam robot itu.

Komunikasi antara robot-robot itu akan berlangsung selama tiga minit sebelum pasangan terlibat akan membuat keputusan sama ada ingin berbual secara langsung atau saling me­ngenali dengan lebih dekat.

Media Jepun melaporkan, sebanyak 28 lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam program tersebut dan mendakwa robot berkenaan banyak membantu mereka mendapatkan kekasih, selain mempelajari cara berkomunikasi berkesan dengan pasangan masing-ma­sing.

Seorang peserta memberi­tahu, semasa program berlangsung, dia dan pasangannya hanya perlu duduk diam dan menyaksikan kedua-dua robot tersebut berkomunikasi antara satu sama mengenai hal diri mereka.

“Saya rasa lebih senang begini kerana saya memang seorang yang pemalu, de­ngan bantuan robot-robot ini, saya berasa lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang yang saya suka selepas ini,” katanya.

Robot kecil yang digunakan dalam program tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat dengan kerjasama sayrikat elektronik terkenal, Sharp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN