Rina rasa gementar wakili Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Rina rasa gementar wakili Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, beliau berasa gementar bagi mewakili Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membacakan teks ucapan Perdana Menteri berikutan tidak dapat hadir merasmikan Perhimpunan Hari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) 2019.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata demikian sebelum beliau mula membacakan teks ucapan Mahathir pada majlis tersebut yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) hari ini.

“Rasa berdebar juga hendak mewakili seorang legend.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mewakili Perdana Menteri berdebar juga sebenarnya,” katanya pada majlis tersebut.

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas yang julung kali diadakan bertujuan untuk menerangkan hala tuju dan peranan warga Kemas sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar.  

Dalam pada itu, Rina menjelaskan, Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis berkenaan atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

“Ini bukan sengaja tetapi memang tidak dapat dielakkan. Waktu hendak jemput Mahathir hadir ke program ini, kalau ikutkan jadual beliau memang sudah penuh pada hari ini.

“Tetapi Mahathir beritahu saya beliau setuju untuk hadir pada tarikh 23 Februari (hari ini) kerana beliau kasih dan ingat kepada seluruh warga Kemas walaupun pada mulanya dicadangkan untuk menganjurkan pada hari bekerja.

“Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang namun yang menentukan adalah Allah S.W.T., jadi pada hari ini Mahathir tidak dapat bersama-sama kita, “katanya.

Tambahnya, pihaknya akan menghantar rakaman video kepada Perdana Menteri bagi menunjukkan semangat hampir 5,000 warga Kemas yang sentiasa menyokong aspirasi kerajaan hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×