Rina Harun rasa gementar wakili Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Rina Harun rasa gementar wakili Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, beliau berasa gementar untuk mewakili Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membacakan teks ucapan Perdana Menteri itu berikutan tidak dapat hadir merasmikan Perhimpunan Hari Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata demikian sebelum mula membacakan teks ucapan Dr. Mahathir pada majlis tersebut yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) dekat sini hari ini.

“Rasa berdebar juga hendak mewakili seorang ‘legend’.

“Mewakili Perdana Menteri berdebar juga sebenarnya,” katanya pada majlis tersebut.

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas yang julung kali diadakan bertujuan menerangkan hala tuju dan peranan warga Kemas sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, jelas Rina, Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis berkenaan atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

“Ini bukan sengaja tetapi memang tidak dapat dielakkan. Waktu nak jemput Dr. Mahathir hadir ke program ini, kalau ikutkan jadual beliau sudah penuh hari ini.

“Tetapi Dr. Mahathir beritahu saya setuju untuk hadir pada tarikh 23 Februari (hari ini) kerana beliau kasih dan ingat kepada seluruh warga Kemas walaupun pada mulanya dicadangkan untuk menganjurkan pada hari bekerja.

“Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang namun yang menentukan adalah Allah S.W.T. maka Dr. Mahathir tidak dapat bersama-sama kita hari ini, “ katanya.

Tambah Rina, pihaknya akan menghantar rakaman video kepada Perdana Menteri bagi menunjukkan semangat hampir 5,000 warga Kemas yang sentiasa menyokong aspirasi kerajaan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN