KUALA LUMPUR 1 Feb. – Hari pertama bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat kejutan dengan berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Jamek Kampung Baru, di sini bagi menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat jelata. Kelazimannya, Yang di-Pertuan Agong akan bersolat Jumaat di Masjid Negara atau Masjid Wilayah Persekutuan. Sehubungan itu, keberangkatan Seri Paduka ke masjid yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu menyuntik rasa teruja dalam kalangan jemaah di masjid tersebut yang tidak menjangkakannya. Keberangkatan Seri Paduka itu menjadi topik perbualan bukan sahaja dalam kalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya