Rentung terperangkap selepas dihempap almari - Utusan Malaysia

Rentung terperangkap selepas dihempap almari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA 21 Feb. – Seorang maut dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Baru Triang di sini malam tadi.

Mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumahnya akibat dihempap almari ditemukan rentung dalam kejadian kira-kira pukul 10.47 malam itu.

Difahamkan, semasa kejadian penduduk di situ meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan bermain mercun yang dipercayai berkemungkinan menjadi punca kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, kejadian itu memusnahkan keseluruhan dua buah rumah tersebut.

“Semasa anggota tiba di tempat kejadian, didapati api telah marak membakar sepenuhnya rumah pertama dan dimaklumkan oleh orang awam, disyaki terdapat dua mangsa terperangkap.

“Setelah pemeriksaan dibuat, didapati hanya satu mangsa yang ditemukan rentung di dalam sebuah bilik di mana mangsa didapati dihempap almari manakala mangsa kedua didapati berjaya menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan pasukanbomba masih meneruskan siasatan mengenal pasti punca kejadian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×