WASHINGTON 21 Feb. – Seorang pegawai Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan pemimpin kerajaan dan personaliti media dalam serangan pembunuhan beramai-ramai ditahan atas tuduhan senjata api dan dadah di rumahnya di pinggir bandar, Jumaat lalu.
Menurut Peguam Negara As, Robert Hur, tertuduh, Christopher Paul Hasson, 49, mempunyai rancangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.
“Lelaki tersebut bercadang membunuh orang awam yang tidak bersalah dalam skala yang jarang dilihat di negara ini.
“Tertuduh adalah pengganas domestik yang berusaha melakukan perbuatan berbahaya kepada kehidupan manusia yang bertujuan untuk mempengaruhi tindakan kerajaan,” kata Hur.
Hasson ditahan atas dakwaan dadah dan menyalahi undang-undang yang memiliki senjata api dan peluru.
Pejabat Peguam AS berkata, sebanyak 15 senjata api dan lebih 1,000 peluru dijumpai di rumah lelaki tersebut termasuk dadah termasuk steroid dan hormon pertumbuhan manusia.
Pendakwa berkata, Hasson mendakwa dirinya ‘Nationalist White’ selama lebih 30 tahun dan membuat ‘keganasan berfokus’ untuk menubuhkan tanah air putih. -AFP











