LONDON 12 Feb. – Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey meninggalkan kelab itu selepas 11 musim bersama untuk menyertai Juventus. Kelab Serie A itu mengesahkan telah menandatangani pemain berkenaan dengan kontrak selama empat tahun. Ramsey, 28 tahun, akan menyertai Turin pada Julai sekali gus menjadi pemain dari Wales ketiga menyertai kelab Itali berkenaan selepas John Charles pada 1957 hingga 1962 dan Ian Rush. Kata Ramsey dia berterima kasih kepada semua peminat…










