KUALA LUMPUR 18 Feb. – Rakyat di Sabah khususnya penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) disarankan untuk tidak beremosi berhubung keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu melebarkan sayapnya ke negeri itu. Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya semua pihak diminta memberi fokus dan tumpuan terhadap pembangunan demi kepentingan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini. “Saya sedar akan perasaan penyokong parti dan rakyat Sabah di atas…










