SYDNEY 23 Feb. – Satu sindiket penyeludupan pekerja asing membabitkan rakyat Malaysia dan China di negara ini berjaya ditumpaskan selepas sebuah hartanah diserbu di utara Victoria pada 13 Februari lalu.
Menurut laporan Mail Online, Australia Border Force (ABF) menyerbu sebuah rumah di Robinvale. dan menjumpai 17 individu dalam keadaan bersesak.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun antara lima orang yang tidur di garaj rumah berkenaan.
“Kami mengesyaki suspek menggunakan orang tengah yang beroperasi dalam sektor pertanian, telah mengeksploitasi remaja bawah umur dan pekerja asing lain di kawasan Robinvale.
“Pekerja asing haram sering berada dalam keadaan terancam dan dibayar dengan upah yang sedikit serta dilayan dengan teruk,” kata Komander Operasi Lapangan ABF, James Copeman.










