ARAU 20 Feb. – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Kanada ke Malaysia, Julia Greenwood Bentley di Balai Menghadap Biru Istana Arau. Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Bentley diiringi Pegawai Perhubungan Awam dan Politik pejabat beliau di Kuala Lumpur, S.R. Dayalan. Beliau mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis selama dua hari bermula Ahad…










