TINDAKAN segelintir rakyat kita menghina Yang di-Pertuan Agong serta institusi diraja secara berterusan adalah satu perbuatan yang sangat tidak wajar dan biadab. Walaupun sudah banyak kali perkara ini berlaku dari pihak berkuasa juga sudah melakukan tangkapan dan menjatuhkan hukuman, namun masih ada yang tidak ambil iktibar. Malah boleh dikatakan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Terkini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 turut menjadi…










