PARIS 1 Feb. – Agensi kesihatan awam Perancis, Santé Publique France menangguhkan pendedahan laporan berhubung siasatan terhadap sejumlah bayi yang dilahirkan tanpa lengan di kawasan luar bandar negara ini. RT melaporkan, misteri perubatan yang membingungkan pakar dicatatkan antara Jun dan November 2016 apabila tiga bayi dilahirkan tanpa lengan di Vitrolles, wilayah Bouches-du-Rhône ketika lapan kes serupa dicatatkan berdekatan kawasan Ain. Siasatan berhubung misteri tersebut bermula pada Oktober tahun lalu dan…










