Putera Khalid bin Salman dilantik jadi Timbalan Menteri Pertahanan - Utusan Malaysia

Putera Khalid bin Salman dilantik jadi Timbalan Menteri Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 24 Feb. – Kerajaan Arab Saudi melantik adik kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Timbalan Menteri Pertahanan manakala seorang puteri sebagai duta wanita pertama Amerika Syarikat (AS).

Reuters melaporkan, pelantikan itu merupakan usaha Riyadh untuk mengatasi bantahan antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi pada tahun lalu membabitkan ejen Arab Saudi yang telah menjejaskan hubungan dengan sekutu Barat termasuk Amerika Syarikat.

Putera Khalid bin Salman sebelum ini menjadi duta ke Washington sejak 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Utusan baru ke Washington, Puteri Reema binti Bandar adalah anak perempuan kepada bekas duta lama Arab Saudi ke AS.

Beliau membina kerjaya di sektor swasta sebelum menyertai pentadbiran kerajaan telah memperjuangkan pernyertaan wanita dalam sukan dan memberi tumpuan untuk memperkasa wanita. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×