PSM sedia jadi pilihan alternatif pengundi PRK Semenyih - Utusan Malaysia

PSM sedia jadi pilihan alternatif pengundi PRK Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb.- Parti Sosialis Malaysia (PSM) yakin mempunyai peluang besar meraih lebih sokongan pengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, berkata, ketika rakyat dilihat semakin muak dengan keadaan politik negara semasa, PSM dilihat mempunyai peluang besar untuk menambat hati masyarakat di Semenyih.

“Kami lihat ada peluang yang besar kerana pengundi sekarang dalam keadaan muak dengan politik. Kami merasakan sedang ada rasa penolakan kepada Barisan Nasional dalam kalangan pengundi pada masa yang sama eka mkehilangan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH).

“Jadi mereka memerlukan alternatif dan PSM selaku parti yang berjuang untuk rakyat bersedia untuk menawarkan alternatif tersebut,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Aziz Afiq yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM akan membawa isu-isu rakyat terutamanya isu perumahan di Semenyih sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini.

“Tetapi apa yang pasti, semua isu-isu yang kami bawa dan perjuangkan tidak ada unsur-unsur perkauman dan tidak menyebelahi mana-mana kaum tertentu.

“Semua manifesto kami nanti adalah untuk semua rakyat Semenyih tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN