PSG lebih cemerlang berbanding saya - Mbappe - Utusan Malaysia

PSG lebih cemerlang berbanding saya – Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Feb. – Kylian Mbappe menyifatkan Paris Saint-Germain (PSG) adalah lebih besar berbanding jaringan kemenangannya ketika menundukkan Saint-Etienne di tempat lawan dalam aksi Ligue 1.

Mbappe menjaringkan gol cantik menerusi sepakan voli hasil hantaran Dani Alves pada minit ke-73.

Ia merupakan jaringan ke-19 Mbappe dalam 18 penampilan liga musim ini dan ia menjadikannya pemain paling prolifik dalam tempoh 45 tahun.

Kecemerlangan PSG turut dipacu dengan kehadiran semula Marquinhos di bahagian pertahanan dan Juan Bernat yang memainkan peranan luar biasa di bahagian tengah.

Mbappe bagaimanapun memberi pujian kepada keseluruhan pasukan di atas kejayaan itu.

“Kami bermain dengan pasukan yang cemerlang di laman sendiri.

“Tidak banyak pasukan yang menang di sini tetapi kami berjaya melakukannya dan membawa pulang tiga mata.

“Kami perlu terus seperti ini. Aksi saya memang baik tetapi pasukan ini secara keseluruhannya jauh lebih baik berbanding saya,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×