KUALA LUMPUR 8 Feb. – Lebih 2,000 warga kota hadir ‘menyerbu’ plot tanaman rambutan di Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM) Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) sempena dengan program Petik Sendiri Buah Rambutan, di sini hari ini. Menariknya, 250 batang pokok terdiri daripada empat jenis buah rambutan iaitu anak sekolah, jarum mas, gula batu dan gading habis dalam masa kurang tiga jam. Rata-rata yang hadir adalah penggemar buah-buahan tempatan…










