SEMENYIH – Kehadiran beberapa menteri Pakatan Harapan (PH) dari kalangan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam program melibatkan kementerian masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih telah dirancang awal dan bukan bertujuan untuk berkempen. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, bagi kementeriannya, semua perkara (lawatan kerja) yang diadakan hari ini telah dirancang awal dan tarikhnya kebetulan menghampiri pilihan raya kecil (PRK) di kawasan itu. “Adalah…