PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan akan diadakan selepas petisyen difailkan bekas Menteri Besar Mohamad Hasan ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.
Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno itu untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.
Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan. – K! ONLINE










