PPj lancar Sistem Pemantauan OSC 3.0 - Utusan Malaysia

PPj lancar Sistem Pemantauan OSC 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Feb.– Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan Sistem Pemantauan OSC 3.0 bagi menerima, merekod dan memantau semua permohonan kelulusan pelan pembangunan sehingga Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, sistem ber­kenaan menunjukkan ketelusan PPj semasa berurusan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses kelulusan pelan sehingga CCC diperolehi.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah mengesahkan bahawa PPj merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang membangunkan sistem seum­pama itu dalam urusan pembangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa hadapan, Sistem Pemantauan OSC 3.0 ini dicadang untuk dilaksana dan digunakan di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Perbadanan Labuan. Sistem ini amat mudah dan banyak membantu dalam urusan pemantauan projek.

“Difahamkan, sistem ini juga akan dijadikan asas oleh KPKT untuk dibangunkan dan digunakan di semua PBT di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Sistem Pemantauan OSC 3.0 di sini baru-baru ini.

Selain Sistem Pemantauan OSC 3.0, Shahruddin turut me­rasmikan Pusat Niaga Komuniti Putrajaya (Putra Point) di Kompleks Kejiranan Presint 16 dan Sistem E-Lesen Putrajaya yang memberi kemudahan kepada penianga memohon dan memperbaharui lesen.

Menurut Shahruddin, Putra Point dibangunkan sebagai platform para usahawan bumiputra khususnya di Putrajaya bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang diusahakan dan usaha berkenaan diyakini dapat membantu golongan berkenaan mengembangkan lagi perniagaan.

“PPj menyasarkan lokasi berkenaan akan menjadi pusat untuk komuniti mendapatkan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan tempatan serta menjadi platform kepada usahawan baharu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan,” katanya.

Mengulas mengenai Sistem E-Lesen Putrajaya, Shahruddin berkata, sistem itu diperkenalkan untuk memudahkan urusan lesen pernigaan yang dikendalikan secara dalam talian sepenuhnya termasuk proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di kawasan Putrajaya.

“Melalui sistem ini, pengguna dapat mengetahui status kelulusan lesen dan membuat pembayaran lesen tanpa perlu hadir ke kaunter PPj, sistem ini mula dilaksanakan sejak Mac tahun lalu dan telah mencapai peratusan penggunaan pada kadar 100 peratus membabitkan peniaga di Putrajaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×