'Port' minum air ketum digempur, 23 lelaki ditahan, 120 bungkus cecair dirampas - Utusan Malaysia

‘Port’ minum air ketum digempur, 23 lelaki ditahan, 120 bungkus cecair dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Feb. – Seramai 23 lelaki ditahan di kawasan semak di tepi Sungai Kluang, Bayan Baru di sini tengah hari semalam yang dijadikan sarang untuk meminum air ketum.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, penahanan kesemua lelaki itu dibuat hasil intipan sejak seminggu lalu di kawasan yang sering dijadikan ‘port’ aktiviti tidak bertanggungjawab berkenaan.

Menurutnya, turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 43 tahun yang berasal dari Bruas, Perak yang mana sebanyak 120 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair mitragynine atau ketum dirampas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cecair itu dipercayai untuk dijual di kawasan tersebut dan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM600.

“Kesemua tahanan dibawa ke pejabat narkotik IPD Barat Daya untuk tujuan dokumentasi manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×