PULAU PINANG 24 Feb. – Seramai 23 lelaki ditahan di kawasan semak di tepi Sungai Kluang, Bayan Baru di sini tengah hari semalam yang dijadikan sarang untuk meminum air ketum. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, penahanan kesemua lelaki itu dibuat hasil intipan sejak seminggu lalu di kawasan yang sering dijadikan ‘port’ aktiviti tidak bertanggungjawab berkenaan. Menurutnya, turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 43 tahun yang berasal dari Bruas, Perak yang mana sebanyak 120 bungkusan plastik lutsinar berisi cecair mitragynine atau ketum dirampas. “Cecair itu dipercayai untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya