BAITULMUQADDIS 22 Feb. – Polis rejim Zionis menahan kira-kira 60 orang ‘suspek’ di Baitulmuqaddis semalam dan berjanji akan menangkap lebih ramai lagi hari ini susulan ketegangan di Masjid al-Aqsa. Jurucakap Micky Rosenfeld berkata, tahanan adalah ‘Arab’ yang boleh merujuk kepada rakyat Palestin atau warga Arab Israel. Menurutnya, tindakan itu selepas mendapat panggilan tentang kekacauan awam ketika solat Jumaat. “Polis menangkap 60 suspek yang terlibat dalam hasutan terhadap keganasan. Polis akan terus membuat tangkapan,” katanya. Kenyataan rasmi memaklumkan kawalan polis di dalam dan sekitar kompleks Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur telah diperketat.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya