Polis tahan tiga lelaki pasang peranti curi maklumat di ATM - Utusan Malaysia

Polis tahan tiga lelaki pasang peranti curi maklumat di ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan licik tiga lelaki warga tempatan memasang alat peranti bagi menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengundang padah selepas mereka ditahan polis di sebuah kedai serbaneka di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Shaharuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kewujudan peranti mencurigakan di sebuah mesin ATM sekitar pukul 9.30 malam Ahad lalu sebelum sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Tun H.S Lee dikejarkan ke lokasi.

“Anggota bertugas yang tiba di lokasi kemudiannya menemui dua unit peranti asing yang mencurigakan dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci mesin ATM dan satu lagi diletakkan pada ruangan masuk kad ATM.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas komponen terbabit mendapati ia merupakan slot bagi mengimbas kad kredit atau debit yang dilekatkan pada ruangan masuk kad dan satu lagi adalah alat perakam video yang dilekatkkan pada ruangan atas papan kekunci,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  

Menurut Shaharuddin, berdasarkan maklumat yang diterima anggota bertugas seterusnya berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang berusia di antara 30 hingga 48 tahun di sebuah kedai serbaneka berhampiran.

“Kedua-dua komponen tersebut termasuk ketika-tiga suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN