LONDON 8 Feb. – Mayat dari bangkai pesawat yang terjunam ke Selat Inggeris telah dikenal pasti sebagai pemain Cardiff City, Emiliano Sala. Perkara tersebut disahkan oleh pihak Polis Dorset pada awal pagi tadi. “Mayat berkenaan telah dibawa ke Perlabuhan Port dan telah secara rasmi disahkan sebagai Emiliano Sala. “Pihak keluarga Sala dan juruterbang, David Ibbotson akan dimaklumkan perkembangan terkini,” kata kenyataan daripada pihak Polis Dorset, hari ini. – AGENSI










