PORTLAND 8 Feb. – Polis semalam mengesahkan mayat yang dijumpai penyiasat Britain dalam bangkai pesawat yang terhempas di Channel itu telah dikenal pasti sebagai pemain Cardiff City, Emiliano Sala. Mayat yang ditemukan pada Rabu lalu itu dibawa ke pulau di Portland di selatan England untuk pengecaman rasmi oleh koroner yang menyiasat kematian mengejut yang disyaki berkaitan jenayah di Britain. “Mayat yang dibawa ke Pelabuhan Portland hari ini telah dikenal pasti…










