Polis penentu laluan LTdL - Utusan Malaysia

Polis penentu laluan LTdL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi penentu sama ada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 perlu mengubah laluannya atau tidak dalam masa terdekat.

 

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab (gambar) berkata, masalah timbul kerana sebahagian besar anggota PDRM yang bertugas dalam LTdL 2019 adalah orang yang sama akan bertugas pada Tour de Iskandar Johor (TdIJ) 2019.

Difahamkan perubahan laluan yang mahu dilakukan Human Voyage termasuklah mengubah destinasi penamat LTdL 2019 dari Langkawi ke Kuala Lumpur bagi memudahkan anggota PDRM ini terus ke Johor selepas itu.

Pelbagai masalah timbul selepas kontraktor penganjuran LTdL 2019, Human Voyage Sdn. Bhd. menunda tarikh LTdL dari 24-31 Mac kepada 6-13 April

“Human Voyage belum dapat membuat keputusan lagi setakat ini tentang perubahan laluan itu kerana perlu berbincang dengan PDRM terlebih dahulu. Mereka meminta sedikit masa untuk membuat keputusan tersebut.

“Jika PDRM bersetuju ubah, mereka akan ubah bergantung kepada sejauh mana jumlah kos terbabit yang perlu dibayar kepada PDRM,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta me­ngulas tentang hasil perjum­paan empat matanya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa di Melaka hari ini.

TdIJ akan berlangsung dari 17-21 April dengan menggunakan laluan sekitar negeri Johor sahaja, namun penganjurnya merungut penundaan LTdL 2019 menyebabkan kos mereka meningkat daripada RM2.5 juta kepada RM3.5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN