Polis minta pihak dakwa Tommy Thomas anti Islam serah diri - Utusan Malaysia

Polis minta pihak dakwa Tommy Thomas anti Islam serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Polis meminta  pihak yang bertanggungjawab membuat dakwaan kononnya  Peguam Negara, Tommy Thomas bersikap anti-Islam seperti yang tular di media sosial supaya  menyerah diri bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim turut meminta pihak lain yang berkongsi pautan dan menularkan isu tersebut di akaun media sosial masing-masing untuk melakukan perkara yang sama.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan tengok siapa yang bertanggungjawab membuat tuduhan ini dan akan ambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Sebab itu kita galak mereka serah diri memandangkan polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan fitnah),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes itu di sini hari ini.

Semalam, Tommy melalui dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada kira-kira 3.15 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga dilaporkan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan itu dan polis telah memulakan siasatan.

Terdahulu, Noor Rashid menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/2019 kepada 300 penerima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Abd. Rahim Jaafar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN