Polis ambil tindakan terhadap maklumat melalui VSP - Utusan Malaysia

Polis ambil tindakan terhadap maklumat melalui VSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis sentiasa meneliti setiap maklumat yang diberikan melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memastikan maklumat yang diberikan berguna untuk proses siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sendiri turut meneliti maklumat yang disalurkan melalui VSP.

“Maklumat yang berguna akan diserahkan kepada anggota kami untuk menjalankan siasatan. 

“Antara maklumat yang sering diberikan adalah berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan juga kemalangan jalan raya,”  katanya pada sidang akhbar Program High Profile Policing di Plaza Low Yat di sini hari ini.

Mazlan menambah, orang ramai digalakkan untuk menjadi ahli VSP bagi memudahkan proses saluran maklumat tersebut.

“Kami juga menyeru kepada orang ramai untuk segera menghubungi pihak polis jika berlaku sebarang jenayah.

“Kita akan respon kepada maklumat dalam masa 15 minit dan tidak digalakkan untuk mengambil gambar kerana ia boleh memberi kesan kepada siasatan polis,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, kadar jenayah di sekitar kawasan Plaza Low Yat di sini bagi tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 24 peratus atau enam kes berbanding tahun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN