KUALA LUMPUR 12 Feb. – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebih ramai bintang dalam sukan permotoran, bukan sahaja sebagai pelumba atau pemandu, tetapi juga sebagai jurutera. “Malaysia kini bukan hanya melihat kepada perlumbaan sahaja, tetapi juga bidang kejuruteraan. Wang yang dibelanjakan untuk membina litar (Litar Antarabangsa Sepang) telah digunakan sebaiknya. “Saya berharap F1 akan kembali (ke Malaysia) suatu hari nanti,” kata Dr. Mahathir dalam…










