KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pasukan PKNS memanfaatkan dengan baik kelebihan bermain di Stadium Shah Alam untuk mendapatkan tiga mata penuh menentang PKNP apabila meraih kemenangan 1-0 dalam kempen Liga Super biarpun beraksi 10 pemain.
Kemenangan PKNS di laman sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal melonjak naik satu tangga untuk berada dalam kelompok lima terbaik dengan tujuh mata selepas empat perlawanan berlangsung.
Kini PKNS kurang tiga mata daripada pendahulu Kedah malah berpeluang memperbaiki kedudukan semasa berikutan berkongsi mata dengan pasukan tangga kedua hingga keempat.
Dalam aksi di Shah Alam itu menyaksikan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh tuan rumah seawal minit ketiga menerusi Kpah Sherman.
Bagaimanapun pada minit ke-68, PKNS terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Sherman dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. – UTUSAN ONLINE










